Thursday, March 15, 2012

Syarodz is the best.. Jumpa lagi insyaallah..

Assalamualaikum
Semua warga As-Sharifah,

  • Saya akan bertugas di tempat baru mulai Selasa 20 Mac 2012.
  • Saya mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan tuan/puan dan semua pelajar selama saya di sekolah ini bermula 1 Mei 2003, lebih kurang 10 tahun.
  • Maafkan saya jika terdapat salah silap selama ini. Halalkan segala yang termakan dan terminum.
  • Doakan saya berjaya dalam hidup dan berjaya di akhirat, insyaallah..

Terima kasih.Dari : Cikgu Hj Abdul Aziz bin Mohd Yunos
16 Mac 2012.Post Options


Thursday, March 8, 2012

Tugasan 2 (Kerja Rumah) Tingkatan 1 :

(Salin arahan ini ke dalam buku ICTL)

Tajuk Tugasan :

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ICTL DALAM MASYARAKAT

1. Salin tugasan ini ke dalam buku ICTL

2. Rangka isi tajuk dengan berbincang dengan keluarga atau rakan-rakan

3. Buat karangan (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) berdasarkan isi / rangka tajuk yang telah dikumpul

4. Taip karangan berkenaan menggunakan MS Word

5. Ciri-ciri hasilan / output :

a. Nama Pelajar, tingkatan – taip di bahagian atas kiri

b. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 perenggan

c. Font size : 11

d. Font type : Arial

e. Font colour : Black

f. Border / Frame – bebas

6. Save output anda di dalam thumbdrive masing-masing dengan nama fail : tugasan2najihah1S

7. Print / Cetak output anda.

8. Hantar kepada guru pada Isnin 19 Mac 2012 melalui ketua kelas / AJK ICTL

Labels